Saturday, June 7, 2008

AKHIRNYA BOB KAHWIN..

Akhirnya Hazran (Bob) telah pun melangsungkan perkahwinan. Turut juga dalam musim perkahwinan yang sama (tarikh perkahwinan yang hampir² sama) iaitu Zaidatul Hafizah, Fadzlul Ridza (Edo) dan Nur Azlin (Lin).

Kenduri Bob yang telah diadakan pada 31 Mei 2008 di Bentong yang telah dihadiri oleh Afendi, Zulkhairil, Nazri (Ayie), Norhisham (Sham Deris), Mariana (Mar), Faizal, Faiszan, Maswati, Jimmy, Hasli (Che Li) & Shah Mizan Bro's. Turut hadir ialah bekas Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta iaitu Tuan Haji Husin Mat Derani. Ada juga warga alumni yang telah menghadiri kenduri beliau (sebelah perempuan) di Pontian, Johor seminggu sebelumnya.

Kenduri Zaidatul Hafizah juga yang telah berlangsung pada 25 Mei 2008 di Dewan Sapura Seri Kembangan, Selangor. Antara warga alumni yang hadir ialah Zulkhairil, Tuan Syeikh Ahmad Nawawi, Siti Marlina & Siti Kausar.

Manakala kenduri Edo & Lin (cinta kampus) telah diadakan pada 25 Mei 2008 di Kajang dan sebelah lelaki pada 1 Jun 2008 di Kampung Gajah, Perak.

Berikut adalah paparan gambar yang sempat dirakamkan.



Bob dengan isteri



Turut hadir, adik beradik Shah Mizan



Warga alumni yang mengambil peluang bergambar bersama pengantin

Friday, May 9, 2008

CADANGAN

9 Mac 2008 - Sebuah pertemuan kecil yang dirancang di saat akhir telah diaturkan oleh Hazran (Bob) di Restoran NZ Wangsa Maju. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Zulkifli sekeluarga, Y.A. Tuan Syeikh Ahmad Nawawi, Zaitun, Faizal, Faiszan, Zakir, Hisyam, Hazran, Afendi dan Jimmy.

Antara agenda pertemuan ialah untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada Hazaran telah bernikah pada 2 Mei 2008 dan kelahiran ahli keluarga baru oleh Zulkifli & Y.A. Tuan Syeikh Ahmad Nawawi.

Terdapat cadangan dari Y.A. Tuan Syeikh Ahmad Nawawi untuk mengadakan pertemuan tahunan pada bulan November 2008 dengan memohon cadangan lokasi-lokasi yang bersesuaian.

Tuesday, April 22, 2008

'MAILING LIST' ALUMNI PKPMI JAMBI

Sebuah Yahoo Group khas untuk warga alumni telah dibina untuk kemudahan perhubungan warga dengan semua warga yang berdaftar hanya dengan sekali penghantaran email sahaja. Yahoo Group juga turut memuatkan maklumat terkini berkenaan nama, alamat (rumah & pejabat), no telefon (rumah, pejabat & telefon bimbit), email serta kerjaya warga.

Penyertaan anda semua amat dialu-alukan dengan menghantar nama & email anda ke email muhdjimmy@gmail.com.

Sunday, April 13, 2008

WALIMATUL URUS 2008

Dari kiri: Jimmy, Hazran (Bob), Rudy, Habsah (isteri Rudy), isteri Saiful (x ingat namanya) dan Saiful. Yang kecik tu anak Saiful (pun x ingat nama).

13 April 2008 - Seorang alumni PKPMI Jambi iaitu Rudy bin Tharani telah mengadakan majlis walimatul urus yang berlangsung di Kota Gelangi 2, Jengka, Pahang. Beliau telah melangsungkan akad pernikahan pada 1 Mac 2008 di Kampung Pahang Tua, Pekan, Pahang. Gadis pilihan beliau iaitu Puan Habsah binti Abu Bakar adalah merupakan anak kepada guru besar di mana beliau bertugas sekarang.

Beliau yang pernah aktif sebagai Ketua Exco Sukan & Rekreasi PKPMI telah mengambil ijazah Syariah di dalam bidang jurusan Perbandingan Mazhab & Hukum di IAIN Jambi pada tahun 2003.

Majlis beliau turut dihadiri wakil alumni iaitu Hazran (Bob), Jimmy & Saiful Azli sekeluarga.

Turut dimaklumkan bahawa 4 alumni akan melangsungkan perkahwinan di dalam bulan Mei ini iaitu Hazran (Bob), Fadzlul Ridza (Edo) dengan Nur Azlin (Lyn) & Zaidatul Hafizah seperti berikut:

Hazran (Bob) - 2 Mei, nikah di Pontian - 25 Mei, kenduri perempuan di Pontian - 31 Mei, kenduri lelaki

Fadzlul Ridza (Edo) & Nur Azlin (Lyn) - satu pasangan - 24 Mei, nikah & kenduri perempuan di Kajang - 31 Mei kenduri lelaki di Kampung Gajah, Perak.

Zaidatul Hafizah - 25 Mei, kenduri perempuan di Dewan Sapura, Seri Kembangan, Selangor