Wednesday, February 21, 2007

MAJLIS SILLATURAHIM ALUMNI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI JAMBI

Semua peserta bergambar kenangan bersama YBhg Ustaz Saih
(sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar)


Tanggal 18 Februari 2007, Alumni telah mengadakan pertemuan selama 2 hari bertempat di Woods Resort, Ulu Yam, Selangor. Program yang bermula pada pukul 2 petang tersebut telah dihadiri oleh hampir 40 orang warga alumni termasuk Ustaz Saih yang merupakan individu yang membuka ruang kepada pelajar-pelajar Malaysia menuntut ilmu di Jambi serta Shahril yang baru 2 hari menyelesaikan pembelajarannya di Jambi. Program ini adalah idea Tuan Syeikh Ahmad Nawawi yang merupakan Mantan Yang DiPertua PKPMI Jambi Pertama, dan ia turut dibantu oleh beberapa orang alumni seperti Hazran (atau lebih dikenali dengan panggilan 'Bob'), Jimmy dan Zulkhairil.

Agenda program ini bermula dengan juadah minum petang dan check-in ke chalet masing-masing. Seterusnya setelah solat Maghrib berjemaah, para peserta berkumpul dan membacakan tahlil yang diketuai oleh Tuan Syeikh Ahmad Nawawi untuk alumni-alumni yang telah pulang ke rahmatullah seperti Allahyarhamah Norhasimah (Dinda), Allahyarhamah Yusniani dan bapa kepada Sirajuddin (Mantan YDP PKPMI Jambi Kedua) iaitu Allahyarham Haji Sapuan.

Setelah para peserta dihidangkan
jamuan makan malam yang istimewa dengan juadah BBQ. Acara diteruskan oleh Zulkhairil selaku pengacara majlis dengan menjemput Tuan Syeikh Ahmad Nawawi, Bob dan Ustaz Saih menyampaikan kata-kata aluan. Di samping itu, peserta-peserta juga turut diberi peluang memperkenalkan diri dan menceritakan pengalaman hidup masing-masing setelah bergelar graduan di Jambi.

Keesokan harinya setelah bersarapan, peserta-peserta membuat aktiviti bebas seperti mandi sungai, berbincang dan berbagai-bagai aktiviti lain. Sebelum berangkat pulang, peserta-peserta berkumpul untuk acara majlis penutup dengan ucapan terima kasih dari jawatankuasa program. Dan program diakhiri dengan melawat anak Puan Nurul Nalia Nawi yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang sejak 3 bulan lepas akibat jantung berkuman.

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Shariff Jajang yang turut menaja sebahagian kos majlis dan kepada peserta-peserta yang hadir kehadiran anda amatlah dihargai. Semoga ukhuwah sesama kita terus kukuh hingga ke akhirnya. Amin.

* Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan apa-apa makluman atau jemputan kepada alumni di dalam blog ini, sila hubungi Muhd Jimmy di talian 019 6768640.