Monday, October 12, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU KANDA




Tarikh pernikahan: 13 Jun 2009
Nama Suami: Muhammad Firdaus bin Abdullah
Asal Suami: Mukah, Sarawak
Pekerjaan: Bahagian Pentadbiran, Jabatan Imigresen Malaysia di Sungai Tujuh, Miri, Sarawak
Lokasi Pernikahan: Masjid Muhibbudin di Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah.
Mas Kahwin: RM3600.00 (sempena umur semasa Kanda).

Tuesday, September 22, 2009

WALIMATUL URUS

Assalamualaikum wrt wbt

Norhafizah @ Kanda menjemput anda hadir ke majlis walimatul urusnya yang berlangsung pada 26 September 2009 (Sabtu) di 257, Lorong Semarak 1, Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah Darul Aman be......

*Panduan alamat: Exit di lebuhraya PLUS di Sungai Petani Selatan dan terus menghala ke Giant Sungai Petani.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 HIJRAH

Buat semua warga alumni PKPMI Jambi, saya mewakili sahabat2 lain memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua warga alumni. Semoga Ramadhan yang berlalu baru2 ini amat bererti buat kita dan Syawal yang kita hadapi akan menjadi bulan kesyukuran atas usaha melipatgandakan ibadah kita.
Berhati2 dalam perjalanan, ingatlah orang yang menyayangi kita dalam perayaan ini.
Ikhlas dari,
Muhd Jimmy Muhd Azlin
Moderator

Thursday, June 18, 2009

AHLI KELUARGA BARU BOB


Nama: Nur'aina Arissa binti Mohamed Hazran
Tarikh lahir: 4 Mei 2009
Masa lahir: 4.03 pagi
Tempat lahir: Hospital Kuala Lumpur
Berat semasa lahir: 4.13 kilogram

KENALI : ALUMNI PKPMI DI LABUAN

Lokasi gambar : Lapangan Terbang Labuan

Kapten Syed Akhiruddin (kiri) adalah merupakan alumni PKPMI Palembang yang kerap datang ke Jambi. Beliau sekarang bertugas sebagai Pegawai KAGAT di TUDM Labuan dan membuat memantau aktiviti keagamaan tentera di sekitar Malaysia Timur (Sabah & Sarawak).

Muhd Jimmy (tengah) adalah merupakan alumni PKPMI Jambi. Pernah menjawat jawatan Setiausaha PKPMI & Setiausaha Kelab UMNO Jambi. Beliau bertugas di Labuan sejak November 2008 sebagai Pegawai Syariah di Mahkamah Syariah di Labuan sebagai Pegawai Sulh (Mediation). Wanita di sebelah kanan beliau di gambar tersebut adalah isteri beliau.

Puan Siti Mariam binti Lani atau lebih dikenali sebagai Kak Yam. Beliau adalah merupakan alumni PKPMI Jambi dan alumni IAIN Jambi dalam jurusan Tafsir Hadith di fakulti Usuluddin. Sebelum ini beliau bertugas sebagai guru J-QaF di Kudat Sabah & sekarang beliau bertugas di S.K. Pantai, Labuan kerana mengikut suami yang juga turut bertugas di salah sebuah sekolah di Labuan.

Tuesday, April 14, 2009

WALIMATUL URUS

Suasana ketika majlis pernikahan berlangsung

Pada 12 Mac 2009, Jimmy, iaitu bekas setiausaha PKPMI Jambi telah melangsungkan majlis pernikahan beliau dengan pasangannya Rozilawati Mat Yacob di Pasir Mas, Kelantan. Majlis yang berlangsung dengan penuh sederhana tersebut diadakan di Masjid Jamek Banggol Stol dan turut dihadiri oleh ahli keluarga beliau dari Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan adalah merupakan salah seorang guru di Segamat. Beliau juga merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya (UM) dan Diploma Lepasan Ijazah Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) . Kini beliau sedang menyelesaikan penulisan tesis Ijazah Sarjana (Master) Syariah dalam peringkat akhir di UM.

Difahamkan perkenalan pasangan pengantin tersebut telah bermula di UIA iaitu di mana Jimmy juga adalah merupakan graduan diploma tersebut.

Majlis persandingan sebelah keluarga pengantin perempuan telah diadakan pada 13 Mac 2009 di Pasir Mas manakala keluarga pengantin lelaki akan majlis persandingan pada 7 Jun 2009. Bagi sahabat² alumni, kad jemputan akan menyusul.

Keluarga pengantin lelaki bergambar kenangan bersama pengantin

Sunday, January 11, 2009

PERNIKAHAN SHAH MIZAN

Pada jam 5.45 petang tanggal 10 Januari 2009, saudara Shah Mizan b. Mohamad (SHI) telah melangsungkan pernikahannya dengan Anisah binti Ali di Kg Trolak, Slim River, Perak. Pasangan beliau adalah merupakan juga sepupu beliau dan juga merupakan graduan IAIN STS Jambi.

Saudara Shah Mizan adalah merupakan pelajar Malaysia yang pertama memulakan pengajian di IAIN STS Jambi bermula dari tahun pertama, berbanding pelajar Malaysia yang lain yang kebanyakkannya memulakan pembelajaran dari tahun 2 dan 3. Beliau memulakan pengajian ketika PKPMI Cawangan Jambi diketuai oleh saudara Sirajudin Sapuan.

Berikut adalah rakaman video & paparan gambar yang sempat diambil oleh saya...



Majlis akad nikah berlangsung

Shah Mizan mengimamkan solat Asar sebelum majlis akad nikah dimulakan.

Suasana sebelum majlis berlangsung

Pengantin perempuan khusuk mendengar khutbah nikah oleh wakil Kadi

Lafaz ta'liq

Antara hadirin yang menyaksikan acara tersebut

Shah Mizan mencium tangan bapa mertuanya, Encik Ali sejurus majlis akad nikah selesai

Posing Shah Mizan untuk paparan warga alumni di blog
Pasangan yang baru diijabkabulkan

Bergambar kenang-kenangan bersama pengantin