Wednesday, February 21, 2007

MAJLIS SILLATURAHIM ALUMNI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI JAMBI

Semua peserta bergambar kenangan bersama YBhg Ustaz Saih
(sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar)


Tanggal 18 Februari 2007, Alumni telah mengadakan pertemuan selama 2 hari bertempat di Woods Resort, Ulu Yam, Selangor. Program yang bermula pada pukul 2 petang tersebut telah dihadiri oleh hampir 40 orang warga alumni termasuk Ustaz Saih yang merupakan individu yang membuka ruang kepada pelajar-pelajar Malaysia menuntut ilmu di Jambi serta Shahril yang baru 2 hari menyelesaikan pembelajarannya di Jambi. Program ini adalah idea Tuan Syeikh Ahmad Nawawi yang merupakan Mantan Yang DiPertua PKPMI Jambi Pertama, dan ia turut dibantu oleh beberapa orang alumni seperti Hazran (atau lebih dikenali dengan panggilan 'Bob'), Jimmy dan Zulkhairil.

Agenda program ini bermula dengan juadah minum petang dan check-in ke chalet masing-masing. Seterusnya setelah solat Maghrib berjemaah, para peserta berkumpul dan membacakan tahlil yang diketuai oleh Tuan Syeikh Ahmad Nawawi untuk alumni-alumni yang telah pulang ke rahmatullah seperti Allahyarhamah Norhasimah (Dinda), Allahyarhamah Yusniani dan bapa kepada Sirajuddin (Mantan YDP PKPMI Jambi Kedua) iaitu Allahyarham Haji Sapuan.

Setelah para peserta dihidangkan
jamuan makan malam yang istimewa dengan juadah BBQ. Acara diteruskan oleh Zulkhairil selaku pengacara majlis dengan menjemput Tuan Syeikh Ahmad Nawawi, Bob dan Ustaz Saih menyampaikan kata-kata aluan. Di samping itu, peserta-peserta juga turut diberi peluang memperkenalkan diri dan menceritakan pengalaman hidup masing-masing setelah bergelar graduan di Jambi.

Keesokan harinya setelah bersarapan, peserta-peserta membuat aktiviti bebas seperti mandi sungai, berbincang dan berbagai-bagai aktiviti lain. Sebelum berangkat pulang, peserta-peserta berkumpul untuk acara majlis penutup dengan ucapan terima kasih dari jawatankuasa program. Dan program diakhiri dengan melawat anak Puan Nurul Nalia Nawi yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang sejak 3 bulan lepas akibat jantung berkuman.

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Shariff Jajang yang turut menaja sebahagian kos majlis dan kepada peserta-peserta yang hadir kehadiran anda amatlah dihargai. Semoga ukhuwah sesama kita terus kukuh hingga ke akhirnya. Amin.

* Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan apa-apa makluman atau jemputan kepada alumni di dalam blog ini, sila hubungi Muhd Jimmy di talian 019 6768640.

4 comments:

arfan said...

assalamualaikum

kawan-kawan yang baik.
saya rafan alumni IAIN STS Jambi, baru saja menyelesaikan master di UKM sekarang bercadang Ph D juga di UKM.

sekadar memberi maklumat bahawa mahasiswa Jambi di Malaysia juga punya organisasi namanya Ikatan Mahasiswa Jambi Malaysia (IMJM). Ketuanya Haris Mubarok, Pelajar Ph D Sains Politik UKM, dulu fakulti Syariah dua tahun di atas amin dan yang lainnya.

saya berharap ada komunikasi yang terjalin, sebab sayapun terkejut membaca dinda telah tiada. dia rakan satu kelas saya di Tafsir Hadits. Innalillahi, Alfatihah...
semoga seluruh amal ibadahnya allahuyarham diterima Allah SWT.

itu saja dulu.
salam alaikum

Arfan

chegu ZulK said...

tahniah atas blog...sekurang2 nya ada gak medium informasi selain dari HP or Email...

kalau ada apa2 info@news yang hangit banget..informla kawan2,,,

latest yg aku tau.. bob nak abis dah zaman teruna dia...Lin& edo akhirnya bakal disatukan.. aku dah dah dapat Baby, awie & Pie laju sgt dah anak 3.. aie masih disarawak... klu kita nak jumpa ke nak dapat Info ke..rajin2 datang kedai PENDI...makan gratis bae... hahaha..baru 6000rupiah je makan + air..

piee said...

assalamualaikum wbt...alhamdulillah dapat gak kita menyambung silaturrahim walaupun kita semua dah ada tujuan dan cita2 masing2 sekurang2nya kita tak putus silaturrahim..bg kawan2 sejambi yng lain yg sambung blaja tahniah,yg bekerja sungguh2...yg dah ada kaya jgn lupa dulu kita sama2 mkn mie ayam dan bakso 2 ribu rupiah..dan jgn lupa pd rakan yg tak bernasib baik...ambil2 tahu skt..yg kurang bernasib baik jgn malu dan segan bgtahu kitaorg,manatau blh bantu membantu...dan cadangan seterusnya..kalau blh aktifkan dan wujudkan lak "laman kebajikan" yg di wakili pada semua alumni mengikut negeri..sekadar cadangan,mana tau dari situlah kita dpt kembali rkn 2 kita yg sudah hilang ntah kemana...akhir kata salam ukhwah..smoga kita semua dpt bertemu..wslm.

Anonymous said...

salam....saya shahrul hilmi othman al-maliki alumni IAIN jambi berminat utk join rakan-rakan yg sepucuk jambi sembilan lurah

email: shahrulhilmi@gmail.com
no.h/p : 017-6312011
019-6861771