Tuesday, April 14, 2009

WALIMATUL URUS

Suasana ketika majlis pernikahan berlangsung

Pada 12 Mac 2009, Jimmy, iaitu bekas setiausaha PKPMI Jambi telah melangsungkan majlis pernikahan beliau dengan pasangannya Rozilawati Mat Yacob di Pasir Mas, Kelantan. Majlis yang berlangsung dengan penuh sederhana tersebut diadakan di Masjid Jamek Banggol Stol dan turut dihadiri oleh ahli keluarga beliau dari Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan adalah merupakan salah seorang guru di Segamat. Beliau juga merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya (UM) dan Diploma Lepasan Ijazah Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) . Kini beliau sedang menyelesaikan penulisan tesis Ijazah Sarjana (Master) Syariah dalam peringkat akhir di UM.

Difahamkan perkenalan pasangan pengantin tersebut telah bermula di UIA iaitu di mana Jimmy juga adalah merupakan graduan diploma tersebut.

Majlis persandingan sebelah keluarga pengantin perempuan telah diadakan pada 13 Mac 2009 di Pasir Mas manakala keluarga pengantin lelaki akan majlis persandingan pada 7 Jun 2009. Bagi sahabat² alumni, kad jemputan akan menyusul.

Keluarga pengantin lelaki bergambar kenangan bersama pengantin

8 comments:

alumni pemancar said...

SElamat pengantin baru jimmy. semoga berkekalan ke akhir hayat.

kawin jugak akhirnya..puas cari sampai kat jambi, last2 jumpa jugak kat melaysia.makcik melaysiaa...lagi.hehehe elok ler tu. Tahniah.!!

Jimmy Azlin said...

siapa ni?? kenalkan diri..

alumni pemancar said...

melake mari.
sg udang town.

Jimmy Azlin said...

bulat ke?

alumni pemancar said...

ganteng nmpak..cocok gitu..

alumni pemancar said...

bukan bulat la. comey adelah.. puas mkn tomyam abe.

Jimmy Azlin said...

oohh... sabrina... thanks...

tokey said...

we bila nak buat alumnai?lama tak jumpe budak jambi.kapan sih kok nyepi terus.korang tau cite pak loya awie////